Friday 15 October 2010

Morning Coffee ~ Puan Noor Hayati Abu Noh

Pagi semalam, Khamis 14 Oktober 2010, tepat jam 10:30 pagi telah berlangsung satu lagi aktiviti morning coffee PERWAKILAN Frankfurt di mana morning coffee kali ini mencatatkan tiga (3) peristiwa bersejarah iaitu meraikan kedatangan ahli baru PERWAKILAN Frankfurt iaitu Puan Siti Nur Hafiza Mansor atau dikenali sebagai Fiza isteri kepada Encik Mohamad Azli Mohamad Aishaari yang bertugas di Pejabat Konsulat menggantikan Miss Lim Juat Chin, majlis doa selamat untuk Puan Rahizam Abdullah yang akan berangkat ke tanah suci Mekah bersama suami pada 9 November ini untuk menunaikan fardu haji dan juga majlis perpisahan PERWAKILAN Frankfurt untuk Puan Emelia Fantoza Sarain isteri kepada Encik Asa'ari Zainudin yang akan pulang bertugas semula di Malaysia pada akhir November ini.




Diadakan di kediaman Puan Noorhayati Abu Noh di Frankfurt am Main, majlis berjalan lancar dan gamat sekali kerana pada kali ini semua ahli PERWAKILAN Frankfurt dapat hadir ditambah lagi dengan kehadiran beberapa tetamu jemputan tuan rumah yang lain.

PERWAKILAN Frankfurt mengucapkan 'Selamat Datang ke bumi German' kepada Puan Siti Nur Hafiza Mansor sekeluarga, 'Selamat Menunaikan Haji semoga mendapat haji yang mabrur' kepada Puan Rahizam Abdullah dan suami dan 'Selamat Pulang Ke Tanahair Tercinta' kepada Puan Emelia Fantoza Sarain sekeluarga.

Berikut merupakan antara kenangan yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung..

Antara yang hadir..

Puan Sarinah Ali selaku pengerusi majlis..

Puan Noorhayati Abu Noh selaku tuan rumah untuk majlis morning coffee pada hari tersebut..

Puan Siti Nur Hafiza Mansor.. memperkenalkan diri..

Majlis bacaan surah Yassin dan doa selamat

Puan Rahizam Abdullah menerima sedikit sumbangan ikhlas dari rakan-rakan..

Amboi seronoknya..apa lah yang dibualkan tu..

Puan Emelia Fantoza Saraian menerima cenderamata tanda ingatan daripada kami ahli PERWAKILAN

Sebahagian yang hadir..

Sesi makan-makan..


TUESDAY, 9 NOVEMBER 2010


Ahli PERWAKILAN bergambar bersama Pn. Rahizam Abdullah di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt sebelum beliau dan suami berlepas ke Tanah Suci Mekah

Puan Ku Asmah juga turut serta..



MONDAY, 22 NOVEMBER 2010 

Ahli PERWAKILAN bergambar bersama Puan Emelia Fantoza Sarain di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt sebelum beliau dan keluarga berlepas kembali ke tanahair

Fazween dan ayah

Encik Khairul Nizam pengganti Encik Asa'ari Zainudin antara yang hadir pada pagi ini

Bergambar beramai-ramai